Jumaat, 26 April 2013

...gEnAp 2 tAhun...pArt 2

 
SAMBUNGAN....
Kak Amirah  : "Que, Naim da tak ada...dia dah tinggalkan akak, dia dah tinggalkan kita semua, 
                          akak sayang dia sangat-sangat".
 Aku              : "akak, akak cakap apa ni? betul  ke ni?"
Kak Amirah : betul Que, akak tak tipu, dia da tinggalkan kita, dia tinggalkan kita cam tu jer...

kemudian masing-masing senyapkan diri dalam seminit...kak Mira terus matikan talian...

aku terus menangis ketika itu...spontan aku minta kunci motor akak aku dan bagi tahu dia kawan aku meninggal...akak nampak mata aku da berair...dia terus bagi tapi muka dia juga agak risau...aku terus pecut motor aku ke rumah kak Mira...sampai kampung kak Mira, aku cuba untuk call dia memandangkan aku tidak tahu rumah dia...tetapi tidak berjawab, aku ambil keputusan untuk call kawan aku yang kebetulan tinggal di kampung yang sama...aku minta dia tunjukkan rumah kak Mira. dia tanya kenapa, aku pun bagi tahu dia mengenai Naim tapi aku cakap, tak pasti sangat...sampai di rumah kak Mira, aku lihat tiada orang di rumahnya...aku cuba lagi untuk call kak Mira, tapi tak berjaya...kebetulan ada seorang kawan kak Mira datang...dia juga bertanyakan perkara yang sama...

kemudian aku hantar semula kawan aku dan keluar dari kampung tersebut dan berhenti di hadapan asrama bagi sekolah aku...di situ aku cuba call dan panggilan aku berjawab...kak Mira cakap, mayat Naim sudah di hantar ke hospital untuk tujuan cosmotem...sekarang mereka semua berada di klinik berdekatan...aku pun terus pergi ke sana...di sana, aku melihat begitu ramai orang...saat itu juga, tiada malu lagi di hati, KALI PERTAMA dalam hidup, aku menangis di khalayak ramai...

aku cari kak Mira...kami sama-sama menangis di situ...kemudian kak Mira ajak aku pulang ke rumah dia memandangkan jenazah akan sampai ke rumah selepas asar...di rumah kak Mira, aku tak mampu berhenti menangis...aku cuba untuk pujuk kak Mira..tapi tak mampu kerana yang meninggal itu merupakan sahabat terbaik yang pernah aku miliki...HATI ni sakit sangat sehingga tak mampu tahan...kak Mira berjanji tidak akan menangis di rumah arwah kerana dia tak mahu arwah terseksa...dia kotakan janjinya...ketabahan yang ditunjukkan membuat aku menangis...lebih-lebih lagi apabila adik kesayangan Naim yang berumur dalam 4 atau 5 tahun menangis di hadapan aku dan cakap "kak Mira, abang lang da tak ada, dia dia meninggal sebab excident, dia da tinggalkan kita". aku tak mampu tahan melihat bagaimana budak sekecil itu mampu memahami maksud meninggal itu.

apabila jenazah sudah sampai, orang ramai dibenarkan melihat muka arwah...kemudian arwah dimandikan...kawan aku Muhammad membantu dalam urusan mandi jenazah kemudian syafiq dan Azhar terlibat dalam urusan kapan...aku hanya berkesempatan melihat muka arwah selepas dimandikan sahaja...saat itu, aku tak mampu berhenti menangis...aku tatap muka Naim sepuas-puasnya...kerana otak aku cuba menafikan jenazah di hadapan aku ini bukan sahabat aku...dari awal lagi sewaktu jenazah sampai, hati kecil ku berbisik, Naim ke yang mereka angkat??? tunggu dulu, tengok dulu muka dia nanti...kemudian, sewaktu mereka sembahyangkan dia, hatiku berkata lagi, betul ke itu kawan aku??? otakku seakan akan mahu menafikan kebenaran apabila wajahnya tidak ku lihat lagi walaupun hakikatnya jenazah tu telah ku tatap begitu lama...

sehinggakan apabila sudah dikebumikan, hatiku masih berbisik, betul ke dalam tanah itu, kawan aku??? aku akan tunggu sehingga nesan ada...kerana hati kecilku amat berharap itu semua mimpi atau mataku salah melihat...kerana, sehingga sekarang aku masih menganggap Naim hanya berpindah ke tempat yang jauh sahaja bukan dia tinggalkan kami...sebenarnya, tidak pernah sekalipun aku menggelarnya arwah apabila berbicara tentangnya bersama kawan-kawan... Syafiq selalu menegurku dan menegaskan perkataan arwah itu...jujur ku katakan, aku masih tak mampu...sebab, dia tak pernah mati, dia sentiasa hidup dalam ingatan ku...
Al fatihah....

Selasa, 23 April 2013

...gEnAp 2 tAhun...pArt 1

 
23 April....genap sudah 2 tahun suara itu hilng lenyap di muka bumi ini....suara yang masih dirindui hingga ke hari ini...ingat padanya mengalirkan air mata...
HASRUL NAIM BIN HARUN...
hingga ke hari ini aku masih ingat lagi saat semua tu berlaku...
Naim, Syafiq dan Faiz terlibat dengan pertandingan membuat roket, aku sekadar menyebukkan diri jer...
Rabu,
latihan mempersiapkan diri membuat roket, Naim xdapat hadir ke latihan atas sebab-sebab tertentu...hanya aku, Faiz dan Syafiq, seperti biasa aku dan Faiz yang sentiasa memeriahkan suasana dengan perbalahan kecil kami yang takkan pernah tamat...ada sahaja yang akan kami gaduhkan dari sekecil-kecil perkara hingga yang besar...hehehe

Khamis,
selepas habis kelas syariah bersama ustaz Fauzi, aku dan Naim jalan seiring ke motor kami seperti biasa, memandangkan hanya kami berdua sahaja dalam kelas yang tidak masuk asrama...sepanjang perjalanan sempat juga la kami berborak-borak mengenai kesebukkan dia akhir-akhir ini. macam-macam perkara yang dia nak uruskan secepatnya...dia baru selepas tamat pertandingan nasyid, kemudian kena sebukkan diri dengan pertandingan roket pula...

Jumaat,
memandangkan Naim sangat sebuk, aku hanya berkesempatan berjumpa dengan dia awal pagi di kelas....dan, KALI TERAKHIR AKU JUMPA DIA, semasa aku menunggu ustazah yang aku nak tumpang balik...aku sempat pesan kat dia, "Naim, datang tau kelas arab hari ahad malam ti kat hostel, kesian ustaz taw...". masih ku ingat lagi wajahnya saat itu...tanpa perasaan apa-apa pun...dia tak pernah membuat muka seperti itu...dan, perkara yang amat ku ingati, jawapan yang diberikan amat pendek, iaitu, "INSYAALLAH". aku agak hairan, kerana kebiasaannya Naim gemar memberi alasan yang panjang untuk melepaskan diri...apa yang aaku perasan, air mukanya saat itu amat lain...
latihan roket bermula selepas kelas...kelas tambahan bermula selepas sembahyang jumaat. selepas kelas tamat, mereka yang terlibat meneruskan dengan latihan membuat roket... memandangkan motor yang aku gunakan pancit, aku menggunakan motor akak aku. aku cuba untuk rahsiakan kedatangan aku tetapi Faiz sentiasa perasan kehadiran aku. sewaktu aku sampai kat tempat latihan mereka, Faiz mula megusik dengan motor yang aku gunakan. sebabnya motor tersebut mempunyai warna yang lain dari lain...Naim tak dapat terlibat dengan latihan, aku tak pasti sebab apa...Faiz menceritakan yang dia sebenarnya baru lepas excident. kecil jer..dia terjatuh di selekoh berdekatan dengan rumahnya...aku punya la gelak sakan sebab nak sakitkan hati dia...latihan kali ini turut dihadiri oleh cikgu yang mengurus pertandingan ini. cikgu tanya sama ada nak ikut serta ke pertandingan esok. boleh membantu mereka. tapi aku menolak dengan alasan nanti aku boleh kasi nota untuk kelas tambahan esok hari...Faiz " ek eley, orang da ajak tu, ikut jela, jual mahal lak". sabar jel dalam hati ni...

Sabtu / 23 April 2011...(hari kejadian)
     bila aku sampai di sekolah, mereka yang terlibat dengan pertandingan roket dah lama bergerak ke tempat pertandingan..aku tak tahu kenapa, tetapi hari tu, aku betul betul nak jumpa mereka. sepanjang kelas, aku ingat kat dioarang jer...kebetulan cikgu tamatkan kelas awal dari biasa...jam 11 setengah kelas tamat...aku gembira sangat2 sebab bila keluar kelas, motor Faiz masih di temapat parking..maknanya mereka belum pulang lagi..tiba2 perut aku sakit, aku pon masuk tandas,..bila keluar tandas jer, aku tengok motor Faiz da x ada..kecewa gila waktu tu...

     bila aku keluar untuk menunggu bas, aku nampak Sakinah, pelajar form 3 yang turut terlibat dengan pertandinga itu...aku menegur denga bertanyakan mengenai pertandingan...Sakinah cakap, mereka kalah sebab mereka tak dapat maklumat terbaru yang peraturan tetapkan...roket mesti siap di sekolah, di sana hanya nak terbangkan jer...Sakinah bagi tahu, Naim marah dengan perkara itu..

     kemudian bas sampai dalam jam 12...perjalanan sampai ke rumah aku mengambil masa selama 40 minit. sampai je di rumah, aku terus charger handphone aku yang hampir kehabisan bateri...aku belum buat apa-apa lagi..baru duduk depan tv dalam seminit dua...tiba-tiba dapat panggilan.....BERSAMBUNG!

!!!!!!!!!!!!!!!!!!KERJA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 
badan da mula sakit2...banyak sangat kerja nak kena buat...tensyen pon ada juga...rasa macam nk jer aq kasi lori jalan atas badan aku ntok urut...punye la sakit ni...apa punya teruk la muqadimah aq ni...x serupa anak dara betul...sah2 memg xdpt nk kahwin ngn Izzue Islam ni...hehehe
sebenarnya dari tadi aku dok layan twitter n facebo0k...ni turn blog pula...lama rasanya x update blog... walaupon bukannya ada pembaca setia pun, aku tetap gak nk update...pe de hal??? ni aku pnye blog...lantak aku la bila2 nk update...hahahaha...eh,,,salah2...kah kah kah kah kah kah kah..... bile kah kah kah ni rasenye lagi lawak lak....

sebenarnya hari ni aku ada viva...bukan kereta la...viva yang aku maksudkan, pembentangan kerja kursus aku...minggu lepas syariah...hari ni sejarah...esok, Am pula...letih kepala, n seluruh badan aku ni...sebenarnya, ada la juga cerita lucu hari ni dalam penat2 aku hari ni...nak taw pasal pe??? 
                                                        EMMA MAIMBONG
nak taw citernye x???
cternya b'mula dari aku...
masa ni kat dewan, kami tengah menunggu giliran untuk pembentngan sejarah...

Que : Nurul, Nelissa Senrose tu adik beradik ngn pelakon cter setia hujung nyawa ke?
Nurul : mana ada...Nilidia senrose ad la...ngan Uqasha senrose dalam cter sebenarnya saya isteri 
dia.
Que : dia ad adik beradik lain ker? aq ada tgk kt fb, ad nme Nelissa Senrose, mcm bru kahwin jer...
Nurul : xad la...tak caya, tanya dorg...Ramlah, pelakon dalam citer sebenarnya saya isteri dia, pe?
Ramlah : pelakon utama ea? Emma Maimbong tu ea???
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah........
aku ngn Nurul punya la gelak sakan kat situ sampai mengalir air mata darah....(poyo jer lebih)
da berhenti, 
tiba 
tiba
tiba
tiba........
Nurul gelak lagi, aq pon, terhambur habis gelak time tu...seriously (sorylah kalau slah eja ea),aq bru nk cover cute kt situ coz ad boys kt situ, da xdpt...hancurz harapan nak berlaki kan budak agama...
tp, memg x bley bhnti gelak...nk tw sbb per???
kat otak aq, aq bayangkan wajah emma MAimbong tu org tua...jauh b'banding ngn pelakon yg kterorg borakkan...Nurul lak aq x pasti...gelak habis2 kat situ....

cternya patot panjg lg, tapi aq x ingt, ni pon skadar ringkasan jer,,,(ceh, bajet seh, ngalahkan blajr Bm je lg, dlu t'kial2 ko blajr, skrg da x blajr, bkn men expert lg)
setakat ni jela cter aku...selamat malam.............................

ADIOSA!!!!!!

Sabtu, 2 Mac 2013

AkU tAk bAik tApi Aku tAkkAn mEngAniaya kAwAn Aku

ello everyone!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mak aih!!! ayat tak boleh blah...ngalahkan ada berjuta pmbace setia plak kat blog aku ni,., hmmmmm.....sebenarye aku tak tahu nak mula dari mana... cume yang aku boleh titipkn persoalan ialah, sbgai pmpuan perlu ke setia pada lelaki yang dah terang2 takkan mampu support kite slepas kawen... jd bodoh boleh tak...lagi yang aku menyampah, sanggup ke korang dapat dose kering untuk lelaki yang belum tentu jadi suami korang???
ceritanya sbenarnya aku nak citer pasal sorang wanita...baik  je bnyi nyer tp realiti????  ntah laaa,.,.nk kate kawan aku...perlu ke aku ngaku ada kawan yang macam tu????? tak hingin aku!!!!!
bermula pagi tadi....(15/1/2013)

sory2... di ksempatan ni, aku ingin smpaikan yg crita ini adalah realiti bkn fantasi @ drama...
nama2 yg terlibat adalah rekaan krana aq tk mahu mndedhkn nma sbenar...

          Mai : eh Que, asal Mira dah jalan dulu?
          aku : mana mana?
lupe aku nak bagi taw, yang aku ni belajar di sebuah sekolah dan aku ni pelajar STPM...nak pergi sekolah kena naik bas sekolah berbayar, warden lak tak bagi kami keluar individu, dy nak kami keluar berkelompok... tapi masalah skrg bkn sbb bdk ni nak gi sorg2 tapi ada hal lain...
s0, jom kiter tinjau same2....
 
aku : Siti, aku risau la, dia selalu lambat tapi ni tibe2 dia cepat pastu nak kuar dulu...teman aku boleh? aku nak follow dia...
Siti : alaaaa...kiter nak kena naik atas la... ad barang tertinggal.
aku : hmmmm... tak pela...
( aku pon pergi cari kawan lain memandangkan masa tu kawan2 aku masih breakfast)
aku : ana,  free tak?
ana : aku tengah call mak aku la....
 
bengong tak aku???? sudah terang lagikan bersuluh yang si Ana tu tengah berdiri kat publicphone ( hentam je ejaan) dan ganggang telefon tu memang da melekat habis kat telinga dia macam nak di gam2 sekali...hehehehe
memandangkan Ana tak dapat join, aku try ajak yang lain...
 
aku : Nurul, j0m2 teman aku, Mira nak lintas tu... risau aku...
Nurul : nak pergi mana lak ni?

sekali tengok budak tu tak melintas p0n...

aku : Mai, pembohong la kau...
Mai : eh serius la td aku nampak dia da nak melintas
 
masa tu la Shaz pengerusi badar sekolah aku datang...
aku : Shaz, dak Mira tadi nak melintas jalan sorang2, n mesti ada apa-apa...
seterusnya bla bla bla bla bla.......................................................................
aku pndekkan citer, masa kami semua tunggu bas, dy nk g tmpat lain, aku tahan dia,
 
aku : kau nak pergi mana?
Mira : aku nak pergi sekolah (dengan muke bajet baik)
aku : nak pergi dengan sape? (pandang tak lepas)
Mira : dengan suami aku. (pakwe je sebenarye)
aku : tak payah, pergi amek beg kau, pergi sekolah naik bas jer
 
pastu aku tak ingat dia cakap ape, aku ikut je la dia...sampai la kat keter suami tersayang dia tu... boleh plak dia men pusing2 kat situ, ingat aku nak mengalah???? dia suruh aku balek je... aku nak balek??? jangan harap laaa...tejadi la pergaduhan di awal pagi yang indah namun bertukar jadi sperti dalam sangkar harimau yang kelaparan...

nk cter lebih detail, aku da lupe...cuma yang aku ingat, budak ni mati2 suruh aku balek tapi aku buat tak heran jer... aku lak tak berhenti bagi tahu jangan buat hal yang akan menyusahkan kami semua...dia sempat cakap pakwe dia tu suruh pergi sekolah same2...aku da geram, aku cakap la.. " habis tu, kalau dia nak rogol kau, kau pon ikut jela???

 last2 aku da geram, aku pergi kat tmpat duduk sebelah driver, dia da geram gak, dia terus tarik aku...and cakap, "hey!! aku tak kesah la kalau aku hilang kawan"...mase tu, aku rase macam nak tanam2 je muka dia tu... nasib baik aku masih ada keimanan..hehehe bajet jer kn...aku pon balas la, "masalah skrg ni, kalo k0 buat hal, kteorg semua yg kne buanh asrama, k0 paham tak???" dia da malas nak layan,  dia terus pergi tempat duduk dia..aku lak, da tak tahu nak buat ape......

tapi korang ingat aku nak tercegat macam mak guard tengok dorang blah dari situ jer????
cube teka pe yang aku buat lepas tu?????????????????????????????????

jeng jeng jeng jeng!!!

dengan beraninyer aku pergi ke tempat driver and bukak pintu!!!
berani mati kan tindakan aku tu...da la sorang sorang... aku lak boleh lupe nak ajak geng bas sekolah aku untuk join sekali...hehehehe
budak lelaki tu terus bangun...budak perempua tu pon same...dia da marah gila time tu...(memang dia gila pon)

Mira : wei perempuan!! kau asal? aku tak kacau hidup kau pon...
aku : masalah sekarang, kau buat hal, kiteorang semua kena buang asrama!!! kau tahu tak???? kau nak tanggungjawab ke???
lelaki : ni asal ni asal?
aku : kau tahu tak dia tu perempuan?
lelaki : ye aku tahu, s0, apa masalahnya?
aku : dah, kau tak payah nak hantar dia pergi sekolah!!
lelaki : kau tahu tak aku jumpa dia untuk apa?  kau tahu tak????? dia sakit, aku nak bagi dia ubat.
aku : da tu, bagi jela ubat!!! tak payah nak hantar dia pergi sekolah!!! biar dy g sek ngn kteorg jer!!!!!!
 ( sepanjang aku bertengkar dengan budak lelaki tu, aku langsung tak pandang muka dia, sebab aku tak nak ingat langsung muka lelaki berlagak tu, x hnsem pon, cm mat bangla jer)

budak lelaki tu masuk semula dalam kereta bila nampak kawan aku datang...
lelaki : dah, pergi sekolah dengan dorang
si Mira ni pon salam la lelaki tu mengalahkan suami isteri...

Halwa : asal kau tak bagi tahu aku  kau nak serang dorang? kalau tak aku da ikut tadi... terlepas peluang nak gaduh.
n bla bla bla bla......

kire nak bagi tahu, sampai ke hari ni kiteorang tak bertegur... dia da benci sangat2 kat kami semua... ada aku kesah??? jangan harap la...
benci2 dy p0n, tetp tgur kwn2 aq yg lain, aq jer tak,,,xper, aq x kesah p0n...sbb dy takkan bley hdup tnpa kawan...aq tkkan maafkan dy slagi dy x mnx maaf kt kami smua scara b'dpn... 

p/s : aq harap satu hari nanti dy akan sedar yg apa yg dy buat skrg ni semuanya salah...

ok., sampai situ jela cerita ku... heheheheh
aq nak siap2 g kuar ...
wasalam.....