Selasa, 23 April 2013

...gEnAp 2 tAhun...pArt 1

 
23 April....genap sudah 2 tahun suara itu hilng lenyap di muka bumi ini....suara yang masih dirindui hingga ke hari ini...ingat padanya mengalirkan air mata...
HASRUL NAIM BIN HARUN...
hingga ke hari ini aku masih ingat lagi saat semua tu berlaku...
Naim, Syafiq dan Faiz terlibat dengan pertandingan membuat roket, aku sekadar menyebukkan diri jer...
Rabu,
latihan mempersiapkan diri membuat roket, Naim xdapat hadir ke latihan atas sebab-sebab tertentu...hanya aku, Faiz dan Syafiq, seperti biasa aku dan Faiz yang sentiasa memeriahkan suasana dengan perbalahan kecil kami yang takkan pernah tamat...ada sahaja yang akan kami gaduhkan dari sekecil-kecil perkara hingga yang besar...hehehe

Khamis,
selepas habis kelas syariah bersama ustaz Fauzi, aku dan Naim jalan seiring ke motor kami seperti biasa, memandangkan hanya kami berdua sahaja dalam kelas yang tidak masuk asrama...sepanjang perjalanan sempat juga la kami berborak-borak mengenai kesebukkan dia akhir-akhir ini. macam-macam perkara yang dia nak uruskan secepatnya...dia baru selepas tamat pertandingan nasyid, kemudian kena sebukkan diri dengan pertandingan roket pula...

Jumaat,
memandangkan Naim sangat sebuk, aku hanya berkesempatan berjumpa dengan dia awal pagi di kelas....dan, KALI TERAKHIR AKU JUMPA DIA, semasa aku menunggu ustazah yang aku nak tumpang balik...aku sempat pesan kat dia, "Naim, datang tau kelas arab hari ahad malam ti kat hostel, kesian ustaz taw...". masih ku ingat lagi wajahnya saat itu...tanpa perasaan apa-apa pun...dia tak pernah membuat muka seperti itu...dan, perkara yang amat ku ingati, jawapan yang diberikan amat pendek, iaitu, "INSYAALLAH". aku agak hairan, kerana kebiasaannya Naim gemar memberi alasan yang panjang untuk melepaskan diri...apa yang aaku perasan, air mukanya saat itu amat lain...
latihan roket bermula selepas kelas...kelas tambahan bermula selepas sembahyang jumaat. selepas kelas tamat, mereka yang terlibat meneruskan dengan latihan membuat roket... memandangkan motor yang aku gunakan pancit, aku menggunakan motor akak aku. aku cuba untuk rahsiakan kedatangan aku tetapi Faiz sentiasa perasan kehadiran aku. sewaktu aku sampai kat tempat latihan mereka, Faiz mula megusik dengan motor yang aku gunakan. sebabnya motor tersebut mempunyai warna yang lain dari lain...Naim tak dapat terlibat dengan latihan, aku tak pasti sebab apa...Faiz menceritakan yang dia sebenarnya baru lepas excident. kecil jer..dia terjatuh di selekoh berdekatan dengan rumahnya...aku punya la gelak sakan sebab nak sakitkan hati dia...latihan kali ini turut dihadiri oleh cikgu yang mengurus pertandingan ini. cikgu tanya sama ada nak ikut serta ke pertandingan esok. boleh membantu mereka. tapi aku menolak dengan alasan nanti aku boleh kasi nota untuk kelas tambahan esok hari...Faiz " ek eley, orang da ajak tu, ikut jela, jual mahal lak". sabar jel dalam hati ni...

Sabtu / 23 April 2011...(hari kejadian)
     bila aku sampai di sekolah, mereka yang terlibat dengan pertandingan roket dah lama bergerak ke tempat pertandingan..aku tak tahu kenapa, tetapi hari tu, aku betul betul nak jumpa mereka. sepanjang kelas, aku ingat kat dioarang jer...kebetulan cikgu tamatkan kelas awal dari biasa...jam 11 setengah kelas tamat...aku gembira sangat2 sebab bila keluar kelas, motor Faiz masih di temapat parking..maknanya mereka belum pulang lagi..tiba2 perut aku sakit, aku pon masuk tandas,..bila keluar tandas jer, aku tengok motor Faiz da x ada..kecewa gila waktu tu...

     bila aku keluar untuk menunggu bas, aku nampak Sakinah, pelajar form 3 yang turut terlibat dengan pertandinga itu...aku menegur denga bertanyakan mengenai pertandingan...Sakinah cakap, mereka kalah sebab mereka tak dapat maklumat terbaru yang peraturan tetapkan...roket mesti siap di sekolah, di sana hanya nak terbangkan jer...Sakinah bagi tahu, Naim marah dengan perkara itu..

     kemudian bas sampai dalam jam 12...perjalanan sampai ke rumah aku mengambil masa selama 40 minit. sampai je di rumah, aku terus charger handphone aku yang hampir kehabisan bateri...aku belum buat apa-apa lagi..baru duduk depan tv dalam seminit dua...tiba-tiba dapat panggilan.....BERSAMBUNG!

Tiada ulasan: