Jumaat, 26 April 2013

...gEnAp 2 tAhun...pArt 2

 
SAMBUNGAN....
Kak Amirah  : "Que, Naim da tak ada...dia dah tinggalkan akak, dia dah tinggalkan kita semua, 
                          akak sayang dia sangat-sangat".
 Aku              : "akak, akak cakap apa ni? betul  ke ni?"
Kak Amirah : betul Que, akak tak tipu, dia da tinggalkan kita, dia tinggalkan kita cam tu jer...

kemudian masing-masing senyapkan diri dalam seminit...kak Mira terus matikan talian...

aku terus menangis ketika itu...spontan aku minta kunci motor akak aku dan bagi tahu dia kawan aku meninggal...akak nampak mata aku da berair...dia terus bagi tapi muka dia juga agak risau...aku terus pecut motor aku ke rumah kak Mira...sampai kampung kak Mira, aku cuba untuk call dia memandangkan aku tidak tahu rumah dia...tetapi tidak berjawab, aku ambil keputusan untuk call kawan aku yang kebetulan tinggal di kampung yang sama...aku minta dia tunjukkan rumah kak Mira. dia tanya kenapa, aku pun bagi tahu dia mengenai Naim tapi aku cakap, tak pasti sangat...sampai di rumah kak Mira, aku lihat tiada orang di rumahnya...aku cuba lagi untuk call kak Mira, tapi tak berjaya...kebetulan ada seorang kawan kak Mira datang...dia juga bertanyakan perkara yang sama...

kemudian aku hantar semula kawan aku dan keluar dari kampung tersebut dan berhenti di hadapan asrama bagi sekolah aku...di situ aku cuba call dan panggilan aku berjawab...kak Mira cakap, mayat Naim sudah di hantar ke hospital untuk tujuan cosmotem...sekarang mereka semua berada di klinik berdekatan...aku pun terus pergi ke sana...di sana, aku melihat begitu ramai orang...saat itu juga, tiada malu lagi di hati, KALI PERTAMA dalam hidup, aku menangis di khalayak ramai...

aku cari kak Mira...kami sama-sama menangis di situ...kemudian kak Mira ajak aku pulang ke rumah dia memandangkan jenazah akan sampai ke rumah selepas asar...di rumah kak Mira, aku tak mampu berhenti menangis...aku cuba untuk pujuk kak Mira..tapi tak mampu kerana yang meninggal itu merupakan sahabat terbaik yang pernah aku miliki...HATI ni sakit sangat sehingga tak mampu tahan...kak Mira berjanji tidak akan menangis di rumah arwah kerana dia tak mahu arwah terseksa...dia kotakan janjinya...ketabahan yang ditunjukkan membuat aku menangis...lebih-lebih lagi apabila adik kesayangan Naim yang berumur dalam 4 atau 5 tahun menangis di hadapan aku dan cakap "kak Mira, abang lang da tak ada, dia dia meninggal sebab excident, dia da tinggalkan kita". aku tak mampu tahan melihat bagaimana budak sekecil itu mampu memahami maksud meninggal itu.

apabila jenazah sudah sampai, orang ramai dibenarkan melihat muka arwah...kemudian arwah dimandikan...kawan aku Muhammad membantu dalam urusan mandi jenazah kemudian syafiq dan Azhar terlibat dalam urusan kapan...aku hanya berkesempatan melihat muka arwah selepas dimandikan sahaja...saat itu, aku tak mampu berhenti menangis...aku tatap muka Naim sepuas-puasnya...kerana otak aku cuba menafikan jenazah di hadapan aku ini bukan sahabat aku...dari awal lagi sewaktu jenazah sampai, hati kecil ku berbisik, Naim ke yang mereka angkat??? tunggu dulu, tengok dulu muka dia nanti...kemudian, sewaktu mereka sembahyangkan dia, hatiku berkata lagi, betul ke itu kawan aku??? otakku seakan akan mahu menafikan kebenaran apabila wajahnya tidak ku lihat lagi walaupun hakikatnya jenazah tu telah ku tatap begitu lama...

sehinggakan apabila sudah dikebumikan, hatiku masih berbisik, betul ke dalam tanah itu, kawan aku??? aku akan tunggu sehingga nesan ada...kerana hati kecilku amat berharap itu semua mimpi atau mataku salah melihat...kerana, sehingga sekarang aku masih menganggap Naim hanya berpindah ke tempat yang jauh sahaja bukan dia tinggalkan kami...sebenarnya, tidak pernah sekalipun aku menggelarnya arwah apabila berbicara tentangnya bersama kawan-kawan... Syafiq selalu menegurku dan menegaskan perkataan arwah itu...jujur ku katakan, aku masih tak mampu...sebab, dia tak pernah mati, dia sentiasa hidup dalam ingatan ku...
Al fatihah....

Tiada ulasan: